LATAR BELAKANG GURU BESAR SK PEREMBA
Puan Hajjah Habibah Binti Hj Abdullah telah dilahirkan pada tanggal 31 Mac 1958 di Kuala Lipis, Pahang dan mendapat pendidikan awal di Maktab Perguruan Lembah Pantai pada tahun 1980 dan dianugerahkan sijil penguruan asas. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Universiti Utara Malaysia (UUM) Kedah pada tahun 2008 dan dianugerahkan ijazah sarjana muda pengurusan pendidikan. Pada tahun 1980, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Guru Sains, Sejarah, Bahasa Melayu, Pendidikan Sivik dan Matematik di Sekolah Kebangsaan Penjom, Kuala Lipis Pahang. Berbekal pengetahuan beliau pada tahun 1984 beliau telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah. Pada tahun 1985 beliau telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang, Kuala Nerang, Kedah. Pada Tahun 1994 beliau dilantik menjadi guru penolong Kokorikulum di Sekolah Kebangsaan Taman. Berbekalkan pengalaman, usaha gigih dan pengetahuan beliau pada tahun 1995 beliau dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan 1 di Sekolah Kebangsaan Padang Lumat, Guar Chempedak, Kedah. Pada tahun 1997, beliau ditukarkan jawatan menjadi Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Tebengau, Kuala Kedah, Kedah. Berbekalkan pengalaman, ilmu serta jasa-jasa beliau dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan HJ Abdullah Saadun, Alor Janggus, Kedah pada tahun 2003. Seterusnya, beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah, Alor Setar, Kedah sebagai Guru Besar pada tahun 2006. Beliau ditugaskan sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Peremba, Alor Setar, Kedah pada tahun 2012 sehinggalah sekarang dengan ketekunan, kesungguhhan dan kesabaran yang beliau terapkan pada diri. MOTTO SK PEREMBA " BERDISIPLIN , BERILMU TERAS JAYA " " BERDISIPLIN , BERILMU TERAS JAYA " dipilih sebagai motto Sekolah Kebangsaan Peremba bertujuan menanamkan sifat-sifat positif yang bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan skop kebolehan murid secara menyeluruh dan total dalam aspek-aspek intelek, rohani jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan social dengan usha yang berterusan dan berkualiti tinggi dalam hasrat mencapai kejayaan yang cemerlang. BERDISIPLIN - mengikuti, mencontohi, mengamalkan dan membudayakan diri sendiri, rakan sebaya, sekolah, masyarakat dan persekitaran dengan berlandaskan undang-undang negara, peraturan-peraturan sekolah dan teguran serta nasihat ibu bapa, guru dan masyarakat setempat bersesuaian dengan kehendak prinsip-prinsip Rukunegara. BERILMU - menerima, mengamati dan menghayati segala kemahiran dan ilmu pengetahuan yang diberi samada secara langsung atau tidak langsung dalam pelbagai bidang yang diceburi disekoalh serta mengamalkannya secara ilmiah dan berfikiran luas di setiap masa agar segala hasil yang diperolehi dapat dibanggakan. TERAS - kemahiran asas dan ilmu yang digarapkan sedikit demi sedikit dari usia muda berupaya menjadi tunjang yang akan menyokong pendirian jitu dan padu dalam mencapai keputusan kendiri yang akan menentukan hala tuju yang tidak dapat diganggu oleh anasir-anasir lain. JAYA - detik kemenangan dari rangkuman usaha, titis keringat, penerapan nilai-nilai murni, kesungguhan, kewibawaan, penghayatan keilmuan, beserta doa dan harapan ibu bapa untuk menjadikan masa hadapan anak-anak lebih baik dari kehidupan mereka masa ini. |
PUAN RORMINAH BINTI IBRAHIM
Guru Besar SK Peremba (PPP DG34) PUAN RAIFAH BINTI OSMAN
Penolong Kanan 1 (PPP DG41) PUAN NOR AFIZA BINTI ADNI
Penolong Kanan HEM (PPP DG44) PUAN SITI ROHANIZA BINTI CHE NAD
Penolong Kanan Kokurikulum (PPP GD44) ENCIK DZULKIFLI BIN ABDULLAH
@ ISMAIL Penolong Kanan Khas (DG41) |